Cheras, 3 April 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail mengadakan lawatan kebajikan ke atas pesara polis, juga mantan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia, CP Datuk Ahmad Ramdzan Daud, di kediaman beliau di Batu 11, di sini petang tadi. Lawatan tersebut mencerminkan keprihatinan berterusan PDRM terhadap kebajikan pegawai, meskipun telah menjalani tempoh persaraan. Dalam suasana penuh mesra, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid turut menyampaikan sumbangan kebajikan sebagai tanda penghargaan dan ingatan kepada Datuk Ahmad Ramdzan atas jasa serta dedikasi beliau sepanjang berkhidmat dalam Pasukan. Selain itu, beliau turut menitipkan kata-kata semangat serta mendoakan agar Datuk Ahmad Ramdzan dikurniakan kesembuhan dan kesejahteraan yang berpanjangan. Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Bryan Mustin
Paparan dalam sistem ini paling sempurna dengan menggunakan Internet Explorer 8 ke atas dan resolusi skrin 1280 x 800 Disediakan oleh : Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) dengan kerjasama Bahagian Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, 50560 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Telefon: +603 - 2266 2222 E-mel : rmp[at]rmp[dot]gov[dot]my Bantuan Portal | Peta Laman | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hakcipta Terpelihara PDRM 2016