Menu

KPN ADAKAN LAWATAN KORPORAT KE MEDIA PRIMA BERHAD

Kuala Lumpur, 3 April 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah mengadakan satu lawatan korporat ke Media Prima Berhad yang berlangsung di Anjung Liku, Balai Berita Bangsar, di sini, pagi tadi.

Ketibaan delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah disambut oleh Pengerusi Kumpulan, Media Prima Berhad, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Syed Junid dan barisan pengurusan tertinggi Media Prima Berhad.

Lawatan tersebut merupakan sebahagian usaha memperkukuh hubungan strategik antara PDRM dan organisasi media dalam menyampaikan maklumat yang tepat serta meningkatkan kesedaran keselamatan kepada masyarakat.

Dalam program tersebut, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid turut mendengar taklimat pembentangan korporat oleh Ketua Pegawai Operasi, Media Prima Omnia, Datuk Mohd Efendi Omar sebelum melawat ke beberapa fasiliti utama termasuk Media Prima Audio (Hot FM) dan Studio TV3.

Lawatan berkenaan turut memberi pendedahan tentang peranan serta keupayaan platform media dalam mendukung penyampaian maklumat secara lebih efektif dan menyeluruh.

Turut hadir, barisan Pengarah PDRM, Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Krisis Bencana) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Datuk M.V. Srikumar Madhavan Nair, Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, DCP Mohd Mahidisham Ishak, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan, Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Ahmad Firdaus Mustaffa Kamal.

Jurugambar: Lans Koperal Khairunisa Ibrahim dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi.

May be an image of text
May be an image of text
May be an image of text
May be an image of one or more people, newsroom and text
May be an image of newsroom and text
May be an image of one or more people and text
May be an image of text
May be an image of one or more people and text
May be an image of text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS