Menu

VIDEO PILIHAN: KUNJUNGAN HORMAT SYARIKAT TOUCH TRONICS RAILWAY & SERVICES KE ATAS TIMBALAN KPN


Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada delegasi Syarikat Touch Tronics Railway & Services yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Sivaprakash Govindasamy di Bilik Tetamu KPN, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Kunjungan yang turut disertai oleh Pengarah Kewangan syarikat, Encik Norazlan Mohd Yusof itu bertujuan membincangkan potensi kerjasama strategik dalam aspek teknologi dan sokongan logistik, selain cadangan pelancaran jersi rasmi pasukan bola sepak PDRM.

Sumber: TikTok PDRMsia_Official

Juruvideo: PDRM RMP TV




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS