Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS JAMIN KESELAMATAN TERKAWAL

 
Kuala Lumpur, 4 April 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan aspek keselamatan negara berada pada tahap terkawal biarpun terdapat kebimbangan susulan ketidaktentuan geopolitik dunia, termasuk tempias konflik di Asia Barat.

Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, berkata PDRM juga sentiasa siap siaga bagi mendepani sebarang risiko atau cabaran yang mungkin wujud susulan ketidaktentuan terbabit.

Beliau antara lain menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika melaksanakan tugasan dan tanggungjawab harian bagi mengelak sebarang risiko tidak diingini.

"Alhamdulillah, negara kita setakat ini dalam suasana tenteram, selain keselamatan terjamin. Namun, saya menyeru kepada rakyat supaya sentiasa berhati-hati dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab harian.

"Kita perlu sentiasa berwaspada di samping memberi perkara positif untuk dikongsikan bersama masyarakat pelbagai lapisan," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS