Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 8 April 2026 (Rabu).
Sebanyak 2,012 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 18 kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 43 kes kemalangan dan peningkatan lapan kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM