Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 8 April 2026.
Dalam amanatnya, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid turut menekankan komitmen berterusan Pasukan dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti demi kesejahteraan masyarakat dan kedaulatan negara, di samping memperkukuh institusi kepolisan yang profesional, berintegriti serta berorientasikan keperluan masyarakat selaras dengan Fokus Utama KPN.
Sumber TikTok: PDRMsia_Official
Juruvideo: Lans Koperal Muhammad Adzha Ahmad Zulkopli
