Menu

ARTIKEL PILIHAN: OP HAZARD 3.0 REKOD NILAI RAMPASAN HAMPIR RM600 JUTA, 515 INDIVIDU DITAHAN - KPN

Kuala Lumpur, 10 April 2026 - Polis Diraja Malaysia merekodkan rampasan dan sitaan bernilai RM582 juta hasil serbuan di 110 lokasi memporoses sisa elektronik menerusi Op Hazard 3.0 di seluruh negara pada isnin lepas.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata dalam operasi bersepadu yang disertai antaranya oleh Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Hasil Dalam Negeri itu, sebanyak 515 individu turut ditahan.

Antara barangan yang dirampas ialah sisa elektronik sebanyak 6,378 tan bernilai RM455 juta, produk akhir sebanyak 377 tan bernilai RM 7.4 juta, barangan lusuh sebanyak 1,925 tan bernilai RM11.6 juta dan lain-lain rampasan bernilai RM107 juta.

Beliau berkata produk akhir yang diproses daripada sisa elektronik berkenaan juga didapati dijual di pasaran luar negara kerana diproses secara haram di negara ini.

"Daripada 110 lokasi serbuan, sebanyak 42 premis didapati berstatus kilang haram, yang menjalankan aktiviti pemprosesan sisa elektronik. Secara keseluruhannya sebanyak 223 kes untuk siasatan telah dibuka.

"Daripada 515 individu berusia antara 16 hingga 70 tahun yang ditahan, 65 daripadanya ialah warga tempatan, manakala bakinya pendatang tanpa izin," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut; https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎JUMLAH NILAI RAMPASAN RM 82 JUTA BARANG LUSUH RM 11,684,36 (1,925,284.40 KG) Ma5AH POUS 成 ር مهرالمع 税山 我門山 山 مهل αγη Hr AWANI 더프취교 LAI‎'‎‎

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of clarinet, speaker, dais and text that says 'JUMLAH SERBUAN 110 JUMLAH KILANG HARAM JUMLAH KES 223 VYTm ሐይ シカィラ ー F BRIGED BRIGEDSABAH SABAH MAVO'

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎JUMLAH NILAI RAMPASAN RM 82 JUTA BARANG LUSUH RM 11,684,36 (1,925,284.40 KG) Ma5AH POUS 成 ር مهرالمع 税山 我門山 山 مهل αγη Hr AWANI 더프취교 LAI‎'‎‎

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS