Menu

#BiarJasaJadiKenangan POSTING PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemilik akaun Facebook Kepala Berputar atas perkongsian penghargaan yang dizahirkan terhadap warga pasukan ini.

Penghargaan tersebut adalah susulan rakaman yang memaparkan tindakan pantas seorang anggota PDRM dalam membantu seorang penunggang motosikal yang terbabas sehingga terperosok dan tersepit di bawah pembahagi jalan. Kecekapan dan keprihatinan anggota berkenaan telah memastikan mangsa dapat diselamatkan serta meneruskan perjalanan dengan selamat.

Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga PDRM untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik dengan penuh dedikasi demi kesejahteraan masyarakat.

Syabas dan tahniah diucapkan!

Sumber: Facebook Kepala Berputar


Pautan Video:
https://www.facebook.com/reel/814713654566490
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS