Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan seramai 7,648 anggota polis barisan hadapan kini dilengkapi kamera badan (BWC) melalui pelaksanaan berfasa bermula Oktober 2024.
Inisiatif ini memperkukuh ketelusan, integriti dan profesionalisme Polis Diraja Malaysia (PDRM), di samping melindungi anggota serta memastikan hak rakyat terpelihara.
Penggunaan BWC melibatkan unit rondaan seperti Unit Kereta Peronda, Unit Rondaan Bermotosikal dan Unit Polis Pelancong bagi memastikan setiap interaksi direkod secara telus.
PDRM turut dijangka menerima tambahan 10,000 unit BWC baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 sebagai langkah berterusan ke arah penguatkuasaan berteraskan teknologi (Smart Enforcement) yang lebih cekap dan berintegriti.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)