Merempit bukan sekadar aksi berani, tetapi satu kesalahan serius yang mengancam nyawa diri sendiri dan orang lain. Selain mengganggu ketenteraman awam, perbuatan ini juga boleh menyebabkan kerosakkan harta benda dan memberi pengaruh negatif kepada golongan remaja.
Kesalahan ini boleh didakwa di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, boleh dikenakan denda sehingga RM15,000, penjara sehingga lima tahun dan lesen memandu digantung sehingga dua tahun.
Sayangi diri dan masa depan anda, patuhilah undang-undang dan jauhi aktiviti merempit.
Sumber: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik