Menu

PDRM RAI KECEMERLANGAN KONTINJEN DAN DAERAH DALAM MAJLIS APRESIASI OP SELAMAT 25 DAN 26

Kuala Lumpur, 11 April 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meraikan kecemerlangan kontinjen dan daerah seluruh negara dalam Majlis Apresiasi Op Selamat 25 dan 26 Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, malam tadi.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dengan diiringi Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis, CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali bersama Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri.

Antara rakan agensi yang hadir ialah Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Ir. Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Tuan Ir. Mohd Hadzmir Yusoff, Naib Presiden Eksekutif Telekom Malaysia (TM) One, Puan Shanti Jusnita Johari dan Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Encik Azirruan Arifin.

Majlis berkenaan diadakan sebagai penghargaan kepada para petugas PDRM serta agensi terlibat yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam menjayakan Op Selamat 25 sempena Tahun Baharu Cina dan Op Selamat 26 sempena Hari Raya Aidilfitri 2026.

Seramai 3,609 pegawai dan anggota telah digerakkan bagi Op Selamat 25, manakala 5,544 pegawai dan anggota bagi Op Selamat 26 bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta kelancaran aliran trafik di seluruh negara.

Pendekatan operasi yang dilaksanakan berteraskan konsep “Pre-Emptive Services and Total Enforcement” dengan memberi fokus kepada advokasi keselamatan jalan raya, pemantauan di lokasi “hotspot” dan “blackspot", penggunaan dron serta pemantauan udara oleh Pasukan Gerakan Udara dengan kerjasama bersama agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan serta rakan strategik utama termasuk TM, PLUS Malaysia Berhad dan PERKESO.

Berucap dalam majlis diadakan, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid memaklumkan bahawa Op Selamat 26 merekodkan sebanyak 9,934 kes kemalangan berbanding 9,859 kes pada Op Selamat 24 tahun 2025, menunjukkan peningkatan kecil sebanyak satu peratus.

"Bagaimanapun, kes kemalangan maut meningkat kepada 90 kes berbanding 77 kes pada tahun sebelumnya. Dari aspek penguatkuasaan, sejumlah 144,726 saman telah dikeluarkan, meningkat sebanyak 34.8 peratus berbanding tahun lalu, mencerminkan tindakan lebih tegas terhadap kesalahan trafik utama," ujar beliau.

Tambah beliau, antara kesalahan yang diberi tumpuan termasuk memandu melebihi had laju, tidak mematuhi lampu isyarat, menggunakan lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan serta menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Kemuncak majlis malam tadi diserikan dengan penyampaian anugerah, tayangan montaj operasi serta penyampaian sijil penghargaan kepada rakan strategik dan agensi yang terlibat.

Dalam majlis tersebut, Polis Kontinjen Selangor muncul sebagai juara Op Selamat 25 bagi Kategori A, manakala bagi Kategori B dan C masing-masing disandang oleh Kontinjen Sabah dan Perlis. Bagi kategori daerah terbaik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri mengungguli Kategori A, diikuti IPD Kuala Krai dan IPD Jerantut yang masing-masing cemerlang dalam Kategori B dan C.

Sementara itu, bagi Op Selamat 26, Kontinjen Johor dinobatkan sebagai juara Kategori A, dengan Kontinjen Kedah dan Melaka masing-masing meraih kedudukan terbaik bagi Kategori B dan C. Dalam kategori daerah terbaik pula, IPD Johor Bahru Selatan mendahului Kategori A, manakala IPD Seberang Perai Selatan dan IPD Bagan Datuk masing-masing mengungguli dalam Kategori B dan C.

Turut hadir, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, barisan Ketua Polis negeri, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Datuk Mohd Nor Yhazid Idris, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Abdul Rahman Kassim dan pengamal media.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Muhammad Syafiq Abu Bakar.

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of text that says 'ገሬድስ META! BNGUP የት KUASAAN MMajlis புறார் Apresiasi DIRAJA EALUTILA OPS LAMA 25 と 26 TAH! 20 AN, 10 10APR APRE PENGAMA AN DIUTAMAKAN JUMA OL ELAMAT elamat 3xTa Sampai sampaikevestinas ke eDestinasi R ERAT KER FM US nUEM ESO'

May be an image of one or more people and text

May be an image of text that says 'శశ్రీ ካንል KUASAAN Majlis yTEл Apresiasi DIBAIA . OP ELAM ELAM-T25 25&26 26 25 & TAI 2026 KONGSI P KON AN,KESEI AN, 10 N ONPENGA 6 JUMAAT APOL KUALA TAMAKAN SELAMAT Rumah elamat Sampaikebestnas ampai epestinass IA ERAT PLUS mpulanJUEM TM ODO •PERKE'

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people

May be an image of one or more people, batik-print clothing and text

May be an image of one or more people

May be an image of one or more people, batik-print clothing and text

May be an image of one or more people, lighting and text

May be an image of one or more people and crowd

May be an image of one or more people, table and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of text

No photo description available.

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people

May be an image of one or more people and table

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of text that says 'နလမတ ΕAT.ΔΝ ඒ් 慧 አልጅ KUASAAN Majlis የዜ Apresiasi BINAJA பாகம் 0 SEL MAT 25 105&26 &26 26 & SHI 226 KOK ESEI EW 5MAN ЛaAT KUALA SELAMAT Rumah Telamat 3aTpa Celamat ampaikelestin kelestinass (ERJA'

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of ‎text that says '‎@শ 5AAH Majlis PALIS Apresiasi SIBAIA படம்க P SE IMA 25 26 AH 202f ILAI AN,K KI TAMA DIUTAMAKAN JUMAAT OL KUAL LAMAT mak elamat Sammpos ة Siampaikelestinas kelestmasi KER ERAT B ФEMИ PER‎'‎

May be an image of dais and text

May be an image of text that says '品% ATKUASAAN 小 Majlis SPAUS Apresiasi QUSIAA BIDAIL OPSE OP SE MET OPSERM-25026 250.26 26 25 TAH 202 JAI AN, DI GAMI DIUTAMAKAN JUMAA OL KUA SELAMAT Rumah Telamat yaTpaй Selamcalst sampailievestinas elDestinasi ERAT KEI M บ'

May be an image of text that says 'RTAN ች ΑΣ KUASAAN Majlis EaLS Apresiasi BIEAIA ИWwлoйЙ PSE AMA 25 26 TAH 1202 KO AN,K DE AMM JUMAA POL KUA DIUTAMAKAN ELAMAT at elamat sampatketesthass palkevestiasi KE ERAT Ls Wan'

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text that says 'ALAE በፍራይስ 3 UASAAN 3 Majlis Apresiasi BIBATA ИB P.SI @PSAM-25826 T AME M-258 25 26 TAH 12026 AN,KE KE LAN, AP GAM MAKAN JUMAAT POL KUAL SEL SELAMAT Ruwah relamat samparkelestinas eDestinass Stmpan AERAT KE M LUS alân EM 20'

May be an image of dais and text that says 'Mailis Apresiasi OPSELAM SELAMI G26 TAR mg @KAO PD'

May be an image of text.
May be an image of dais and text




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS