Menu

TIMBALAN KPN ADAKAN LAWATAN KERJA KE IPK MELAKA

Melaka, 14 April 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini pagi tadi.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Polis (KP) Melaka, DCP Dato’ Dzulkhairi Mukhtar sebelum dibawa ke pejabat rasmi KP bagi sesi kunjungan hormat.

Lawatan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan antara pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia dengan Kontinjen Melaka, khususnya dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepolisan, kesiapsiagaan anggota serta memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap institusi kepolisan.

Tan Sri Ayob Khan turut menyampaikan amanat kepada warga Kontinjen Melaka dengan menekankan kepentingan integriti, pematuhan disiplin serta pengamalan tadbir urus yang baik dalam setiap penugasan.

Turut ditegaskan ialah keperluan mematuhi segala arahan yang dikeluarkan serta peringatan berhubung Peraturan 3C, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 sebagai garis panduan dalam perkhidmatan.

Beliau juga menekankan peranan penyelia dalam memperkukuh pemantauan terhadap pegawai dan anggota di bawah seliaan masing-masing, selain mengingatkan agar sentiasa menjauhi sebarang bentuk penyalahgunaan dadah dan gejala rasuah yang boleh menjejaskan integriti serta imej Pasukan.

Dalam lawatan sama, beliau turut mengadakan perjumpaan serta menyampaikan amanat kepada warga Cawangan Khas Kontinjen negeri.

Turut hadir, Timbalan KP Melaka, SAC Datuk Ahmad Jefferi Abdullah, Ketua Cawangan Khas Melaka, ACP Sugemin Zainol serta barisan ketua jabatan dan ketua polis daerah.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of text

May be an image of one or more people and text that says 'KELUART'

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

























PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS