"Scammer" kini semakin licik dengan menyamar sebagai kawan, ahli keluarga atau rakan sekerja untuk meminjam wang secara tergesa-gesa.
Mereka menggunakan akaun WhatsApp, Facebook atau Telegram yang menyerupai kenalan rapat dan memberi alasan kecemasan bagi memujuk anda memindahkan wang ke akaun lain.
Jangan cepat terperdaya dengan taktik sindiket! Pastikan sentiasa membuat pengesahan sebelum melakukan sebarang transaksi. Hubungi nombor asal dan semak nombor akaun penerima.
Laporkan segera kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 jika berdepan situasi mencurigakan.