Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menasihatkan orang ramai agar sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya ketika memandu dan peka terhadap keadaan jalan raya serta pergerakan trafik di sekeliling.
Elakkan sebarang gangguan seperti menggunakan telefon bimbit, menoleh ketika berbual atau melakukan aktiviti lain yang boleh menghilangkan fokus semasa berada di jalan raya.
Jadikan perkongsian infografik ini sebagai panduan dan peringatan bersama. Sentiasalah ingat bahawa keselamatan di jalan raya merupakan tanggungjawab semua pihak. Utamakan nyawa dan elakkan sebarang kelalaian.