Menu

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: DUA DITAHAN BERSAMA BUNGA GANJA BERNILAI RM400,000

 
Kota Bharu, 20 April 2026 - Pasukan Gerakan Am (PGA) kelmarin menahan dua lelaki termasuk seorang warga asing dan merampas lima kilogram Bunga Ganja bernilai RM400,000 dalam operasi di Serongga, Pasir Mas.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, sepasukan anggota Sekat Pintas Serongga menahan kenderaan dipandu seorang lelaki tempatan yang membawa penumpang warga Sri Lanka jam 10.30 pagi.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati pas lawatan sosial milik warga Sri Lanka itu telah tamat tempoh. Kedua-dua suspek dibawa ke Komtek Taman Bakti dengan bantuan pasukan Strike Force Kompeni A, Batalion 9 PGA untuk pemeriksaan lanjut," menurutnya dalam satu kenyataan di sini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS