Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 20 April 2026 (Isnin).
Sebanyak 1,973 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 22 kematian. Terdapat peningkatan kes sebanyak 350 kes kemalangan dan enam kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.