Menu

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether POSTING PILIHAN: AWAS! SCAMMER MENYAMAR SEBAGAI KENALAN

 
Scammer kini semakin licik apabila menyamar sebagai kawan, ahli keluarga atau rakan sekerja untuk meminjam wang secara tergesa-gesa. Taktik ini sering digunakan bagi menimbulkan rasa panik dan mendesak mangsa supaya membuat transaksi tanpa berfikir panjang.

Jangan mudah terpedaya. Sentiasa buat pengesahan terlebih dahulu sebelum memindahkan wang dengan menghubungi nombor asal individu berkenaan serta menyemak nombor akaun penerima.

Sekiranya berdepan situasi mencurigakan atau menjadi mangsa penipuan, laporkan segera kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS