Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PASUKAN POLIS PANTAU STESEN MINYAK DI PERLIS

 
Padang Besar, 23 April 2026 - Polis melancarkan pasukan petugas khas (task force) bagi memantau lapan stesen minyak di sekitar Padang Besar dalam usaha mengekang penyelewengan petrol dan diesel bersubsidi.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, ACP Mohd. Shokri Abdullah berkata, langkah itu dilakukan menerusi Op Tiris 4.0 yang bermula 15 April lalu atas arahan Bukit Aman.
Katanya, setakat ini operasi masih di peringkat awal dan pematuhan di semua stesen minyak adalah terkawal.

"Bagi lokasi yang dikenal pasti sebagai hot spot, anggota ditempatkan secara statik mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Bukit Aman.

"Setakat ini, tiada sebarang tangkapan direkodkan sepanjang tempoh awal pelaksanaan operasi ini," katanya kepada pemberita di sebuah stesen minyak di Titi Tinggi di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan KOSMO seperti di lampiran.

May be an image of parking meter and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS