Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 22 April 2026 (Rabu).
Sebanyak 1,816 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan lapan kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 29 kes kemalangan dan peningkatan satu kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.