Menu

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: TIADA GULA-GULA JELI GANJA DIKESAN DI PASARAN TEMPATAN

 
Kuala Lumpur, 25 April 2026 – Tiada penjualan gula-gula jenis jeli Ganja dikesan di pasaran tempatan setakat ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan.

Sebaliknya, beliau berkata produk itu dikesan dijual di pasaran Thailand.

“Bagaimanapun, JSJN menerusi elemen risikan dan penguatkuasaan sentiasa memperketat pemantauan bagi mengekang sebarang cubaan penyeludupan apa-apa jenis dadah ke dalam negara.

“JSJN juga memantau rapi gula-gula jenis ini,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Mengulas sama ada gula-gula jenis itu dimakan oleh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Sungai Putat, Melaka, beliau menjelaskan perkara itu belum dapat disahkan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS