Langkawi, 26 April 2026 - Penempatan anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) di 170 stesen minyak berisiko tinggi berhampiran sempadan negara berhasil apabila jualan petrol RON95 menyusut sebanyak 20 peratus.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata berdasarkan rekod dari 13 hingga 21 April lalu, penjualan RON95 menunjukkan penurunan ketara, manakala RON97 pula mencatatkan peningkatan.
“Perkembangan itu membuktikan strategi dilaksanakan kerajaan tepat dalam mengekang kebocoran bahan api yang sebelum ini disyaki diseleweng pihak tidak bertanggungjawab.
“Ini antara kejayaan Op Tiris selepas polis membantu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengawasi stesen minyak berhampiran sempadan,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke Pos Kawalan PGA di Jeti Teluk Ewa, di sini, semalam.
Beliau berkata, Op Tiris di Kedah turut mencatatkan kejayaan apabila sebanyak 58 kes rampasan pelbagai barangan kawalan direkodkan sepanjang empat bulan pertama tahun ini.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.