Dadah bukan sahaja merosakkan tubuh, malah menghancurkan masa depan, keluarga dan maruah diri. Pastikan ambil tindakan awal dengan mengambil peduli, menegur secara berhemah dan memantau perubahan dalam kalangan orang sekeliling.
Ikuti infografik yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik mengenai cara mengenali seorang penagih dadah sebagai panduan bersama.
Jika ada maklumat berkaitan aktiviti dadah, salurkan kepada Hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik melalui talian 012-208 7222. Pencegahan hari ini mampu menyelamatkan masa depan esok.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik