Terima kasih kepada pemilik akaun Facebook Hatimin Ttr atas penghargaan yang dizahirkan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat
Polis Daerah Kota Kinabalu yang tampil membantu mangsa serta mengawal lalu lintas susulan kemalangan di Jalan Tuaran berhampiran Bandar Sierra, Kota Kinabalu, Sabah, semalam.
Dalam situasi mencabar itu, anggota yang kebetulan melalui lokasi kejadian bertindak pantas memberikan bantuan awal kepada mangsa wanita, sementara rakan setugas lain cekap mengawal aliran trafik yang sesak agar keadaan kekal terkawal.
Walaupun berdepan cuaca panas terik, anggota terus setia menggalas amanah dengan penuh dedikasi, mencerminkan komitmen tinggi dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya sentiasa diutamakan.