Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, beliau mengikuti rapat perkembangan kes tersebut dan menegaskan pihak kementerian mengikut rapat perkembangan terhadap keganasan rumah tangga.
Beliau turut menegaskan bahawa keganasan rumah tangga bukan lagi boleh dianggap sebagai urusan peribadi, sebaliknya merupakan satu jenayah yang perlu segera dilaporkan dan dihentikan.
Datuk Seri Nancy pada masa sama merakamkan penghargaan kepada orang ramai termasuk pengguna media sosial yang menyalurkan maklumat serta menandakan beliau di media sosial berhubung kejadian tersebut.
Beliau turut menggesa mangsa atau orang awam yang mengetahui kejadian keganasan rumah tangga supaya segera membuat laporan melalui Talian Kasih 15999 atau WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.