Menu

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: GAGAL TRANSIT BUNGA GANJA KE EROPAH!

 
Putrajaya, 29 April 2026 - Polis Selangor menumpaskan dua sindiket penyeludupan dadah jenis bunga Ganja seberat 183.7 kilogram bernilai RM14.7 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, minggu lalu.

Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar berkata, dalam operasi berasingan itu pihaknya bekerjasama dengan Polis Bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad menumpaskan sindiket yang dipercayai terbabit dalam aktiviti penghantaran dadah ke luar negara.

Menurutnya, operasi serbuan itu membawa kepada tangkapan ke atas dua suspek wanita, iaitu seorang wanita tempatan bagi kes pertama berumur 34 tahun dan seorang wanita warga asing berumur 24 tahun bagi kes kedua.

"Pada 21 April lalu, hasil tangkapan dan siasatan ke atas seorang wanita tempatan di sekitar Mambau, Negeri Sembilan membawa polis ke sebuah premis kediaman di Bandar Seri Sendayan.

"Polis menemukan 18 guni berisi 289 bungkusan plastik mengandungi ketulan mampat disyaki dadah jenis bunga Ganja dengan anggaran berat 153.7 kilogram. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM12.3 juta.

"Siasatan mendapati, suspek yang masih bujang dan tidak bekerja itu negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau," katanya dalam sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Siasatuan Jenayah Komersil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Ibu SHAZELI dari kanani menunjukkan barangan media Polis Kontinjen Selangar semalam. WANITA DITAHAN DALAM DUA SERBUAN BABIT 183.7KG Gagal transit bunga ganja ke Eropah! Oleh Ruwaida 17ain asingberumur tahunba- dengan anggaran nilai Fropah. am@hmetro.com.my kedua. RM35,000đa sebuah mo- Suspek yang bekerja se- tosikal VMoto XDV250 anggaran nilai Shah tangkapan lalu. hasil siasatan wbl dadah CAri Sembilan membawa kilogram 3April Lumpur negatif katany nenemukan1 Ketua Polis sekitar setelah penukaran dadah pelucut hakkan aktiviti penghan tiada sin- Pea dita- wanita tempatan pertama Dadah 39B 39B Berbahaya wanita warga Katanya. mendapati, keseluruhan mem- Honda mberlepas sasarannya, sebuah bunga ganja 183.7kg katanya.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS