Menu

POSTING PILIHAN: RM22.5 JUTA RAMPASAN KUMULATIF PDRM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh penguatkuasaan bagi membanteras penyeludupan serta ketirisan bekalan kritikal negara, sekali gus memastikan keselamatan bekalan dan kepentingan rakyat terpelihara.

Bagi tempoh 12 hingga 29 April 2026, operasi bersepadu di seluruh negara telah merekodkan nilai rampasan kumulatif sebanyak RM22.5 juta.

Kejayaan ini membuktikan keberkesanan pendekatan smart enforcement yang menekankan operasi berasaskan risikan, pemantauan rantaian bekalan secara menyeluruh dan tindakan tegas di lokasi berisiko tinggi.

Usaha berterusan ini bukan sahaja mengekang jenayah rentas sempadan, malah selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memastikan kestabilan serta kesejahteraan negara terus diperkasa.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS