Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA SERBU KILANG PROSES BALAK TANPA KELULUSAN

Kepala Batas, 2 Mei 2026 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara menyerbu sebuah kilang memproses balak, di sini sebelum menahan dua lelaki dan merampas pelbagai kayu balak serta peralatan yang kesemuanya bernilai RM1.863 juta pada Rabu lalu.

Komander Briged Utara PGA, SAC Balveer Singh Mahindar Singh berkata, Ops Sawmill itu dijalankan pada 7.00 pagi oleh pasukan polis Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Pulau Pinang.

"Dalam operasi itu, pihak polis menahan dua lelaki tempatan berusia 38 dan 55 tahun yang dipercayai pekerja di kilang itu dan pemeriksaan bersama pihak Jabatan Perhutanan negeri mendapati premis berkenaan dijadikan lokasi pengumpulan dan pemprosesan kayu balak tanpa kelulusan.

"Hasil pemeriksaan di dalam kawasan kilang mendapati pengusaha membeli dan memotong kayu balak tanpa sebarang permit atau kelulusan daripada Jabatan Perhutanan Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan malam kelmarin.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of timber yard and text that says 'PGA serbu kilang proses balak tanpa kelulusan Kepala Batas: Hasil sebuah mcn- menahan kavu halak Sinot beykata kilang lanis. tamat teraman menimbul- Pulau nerampas balak, balak discrahkan နှြာသာသွေချှ်သွ untuk kayu balak anpa 68G Perbu- Negara 1984.- BER- MLAG.mes.ac.sesa KILA memprases balak tanpa lesen Pulau Pinang ang diserhu riged'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS