Menu

ARTIKEL PILIHAN: PDRM TUMPAS SINDIKET MENYAMAR POLIS DELHI PERDAYA MANGSA DI INDIA

 
Kuala Lumpur, 15 Mei 2025 - Polis menumpaskan sindiket penipuan Macau Scam yang menyamar sebagai Polis Delhi, India dan memperdaya warga negara itu di sana dalam serbuan di sebuah kediaman mewah di Cheras.

Polis menahan 22 individu dalam serbuan itu membabitkan warga asing dan tempatan hasil maklumat awam dan risikan pada 23 April lalu.

Sindiket itu mensasarkan mangsa di India dengan menyamar dan memakai seragam Polis Delhi dengan menghubungi mangsa menerusi panggilan video menyatakan mereka dikesan terbabit dengan penyebaran kandungan berunsur hasutan terhadap kerajaan India di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, berkata polis menyerbu sebuah banglo pada jam 7 malam sebelum menahan dua lelaki warga Taiwan, 12 lelaki dan satu wanita warga Pakistan, empat lelaki dan dua wanita warga India serta seorang lelaki tempatan.

"Hasil pemeriksaan menemukan pakaian seragam polis, 49 unit telefon bimbit, dua komputer riba, satu iPad, satu router WiFi dan kunci rumah yang semuanya dianggarkan bernilai RM25,000," katanya pada sidang media hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../pdrm-tumpas-sindiket...

Sumber: Berita Harian

May be an image of television, newsroom and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS