Menu

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KERATAN AKHBAR PILIHAN: JENAYAH DALAM TALIAN KINI ANCAMAN TERBESAR


Kuala Lumpur, 6 Mei 2026 - Jumlah laporan polis berkaitan jenayah komersial bagi suku pertama (Januari hingga Mac) tahun ini mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 12.89 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, jumlah berkenaan meningkat daripada 57,260 laporan pada tahun 2025 kepada 64,643 laporan pada tahun 2026.

"Bagaimanapun, jumlah kerugian yang direkodkan menunjukkan sedikit penyusutan. Kerugian menurun sebanyak RM22 juta (bersamaan 2.8 peratus), daripada RM787 juta pada tahun 2025 kepada RM764 juta bagi tiga bulan pertama tahun 2026.

"Tindakan pendakwaan turut mencatatkan kejayaan apabila jumlah kertas siasatan yang dituduh di mahkamah meningkat kepada 5,140 kes, berbanding 4,525 kes pada tahun sebelumnya," katanya pada sidang media di Menara KPJ, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS