Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menafikan sebarang penglibatan rasmi berhubung kandungan yang dimuat naik oleh akaun Instagram
madeinmalaysia.com.my yang mendakwa tawaran atau penggunaan khidmat pengiring polis bagi konvoi kenderaan mewah.
PDRM menegaskan bahawa tidak pernah memberi kebenaran, sokongan atau pengendorsan kepada mana-mana pihak untuk menggunakan imej, logo atau menyerupai anggota polis trafik bagi tujuan promosi atau publisiti.
Perkara ini dipandang serius dan PDRM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan identiti pasukan atau menyebarkan maklumat mengelirukan. Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi dan merujuk hanya kepada saluran rasmi PDRM untuk mendapatkan maklumat sahih.