Ipoh, 10 Mei 2026 - Ada murid seawal usia 11 tahun dikesan mula terbabit dalam penyalahgunaan vape dicampur pelbagai dadah sintetik.
Perkara membimbangkan itu yang kian menjadi trend 'maut' dikesan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), baru-baru ini.
Pengarah AADK Perak, Encik Mohamad Nor Musa berkata, penyalahgunaan vape dicampur bahan terlarang, cecair sintetik dan bahan halusinasi seperti "magic mushroom" menjadi semakin membimbangkan kerana aksesnya yang mudah dan promosi di platform media sosial.
"Remaja dan pelajar adalah antara kumpulan berisiko paling tinggi disebabkan pengaruh rakan sebaya, budaya media sosial dan kurangnya kesedaran mengenai kandungan sebenar bahan yang digunakan.
"Penyalahgunaan bahan-bahan ini boleh menjejaskan prestasi akademik, disiplin, kesihatan mental dan masa depan pelajar jika tidak dibendung awal," katanya, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran