Ipoh, 12 Mei 2026 - Setahun selepas kehilangan suami dalam tragedi kemalangan
Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) di Teluk Intan, Puan Haswati Rosdin masih bergelut menerima hakikat insan yang pernah melengkapkan hidupnya kini sudah tiada.
Kesunyian ditinggalkan oleh Allahyarham Lans Koperal Damarrulan Abd Latif, antara sembilan anggota PSP yang terkorban dalam nahas itu, terus menghantui balu berusia 45 tahun itu.
Malah, rutin harian yang kecil sekalipun kini membawa kenangan yang menyakitkan.
Puan Haswati berkata, beliau akhirnya membuat keputusan sukar untuk berpindah dari kuarters polis pada Disember lalu kerana persekitaran di kem itu terlalu banyak mengingatkan dirinya kepada arwah suami.
“Setiap kali melihat anggota berpakaian seragam atau berbaris, wajahnya terbayang. Tinggal di kem tanpa dia terlalu menyakitkan. Jadi, saya memilih untuk mencari rumah lain,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.