Petaling Jaya, 14 Mei 2026 - Cubaan menyeludup masuk 300 guni beras dipercayai dari negara jiran tumpas apabila sebuah lori ditahan dalam Op Taring Bravo 4 di lampu isyarat Simpang Tiga Felda Papulut, Kilometer 69 Jalan Gerik-Kuala Kangsar, Perak awal pagi semalam.
Komander WCB/PSK JKDNKA Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, operasi itu berjaya tumpaskan rangkaian penyeludupan beras tidak bercukai selain mengekang kemasukan bekalan menggunakan jalan tidak sah.
"Pihak kami akan terus mempergiat operasi risikan dan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyeludupan yang menyalahi undang-undang serta boleh menjejaskan ekonomi negara," katanya dalam kenyataan semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.