Bidor, 19 Mei 2026 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam lawatan kerja ke Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, semalam.
Lawatan yang diadakan menjadi medan memperkukuh hubungan dan sebagai tanda sokongan terhadap komitmen berterusan Pasukan keselamatan negara.
Dalam lawatan itu, beliau turut diberikan taklimat berkaitan pengoperasian oleh Komander Briged Utara PGA, SAC Balveer Singh Mahindar Singh mengenai struktur organisasi, kekuatan Pasukan, pencapaian operasi serta cabaran isu semasa.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (KSU) (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Makhzan Mahyuddin, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA, Pasukan Gerakan Am Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohd Rodhi, Komander Pasukan Gerakan Udara, DCP Dato’ Noor Sham Md Jani dan warga kerja Briged Utara PGA.