Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 18 Mei 2026 (Isnin).
Sebanyak 1,874 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 12 kematian. Terdapat peningkatan kes sebanyak 525 kes kemalangan dan penurunan empat kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM