Kuala Lumpur, 23 Mei 2026 – Polis mengesan taktik penggunaan nombor MyKad pelanggan tanpa kebenaran di stesen minyak melalui kaedah kemasukan secara manual ke dalam sistem pembelian.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata, taktik itu dikesan menerusi dua modus operandi berkaitan penyalahgunaan maklumat MyKad bagi penggunaan skim subsidi BUDI95.
Beliau berkata, modus operandi pertama melibatkan penyalahgunaan maklumat pelanggan tanpa kebenaran, manakala modus kedua pula membabitkan penggunaan maklumat MyKad milik individu lain.
“Siasatan setakat ini mendapati kebanyakan kes melibatkan penyalahgunaan MyKad sebenar milik individu lain dan bukan penggunaan identiti palsu.
“Perkara ini menunjukkan bahawa kelemahan utama adalah pada aspek kawalan dan perlindungan maklumat serta penyalahgunaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.