Pontian, 24 Mei 2026 - Polis berjaya menahan enam lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki berusia 22 tahun di hadapan sebuah kedai makan dan minuman di Pekan Nanas, di sini, awal pagi Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, kesemua suspek berusia antara 18 hingga 22 tahun itu ditahan menerusi operasi khas dijalankan bermula pukul 8 malam, 21 Mei hingga 4 pagi, 22 Mei lalu.
Menurut beliau, operasi tersebut melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) IPK Johor serta Bahagian Forensik (D10) IPK Johor.
"Operasi khas itu melibatkan serbuan di sekitar Taman Desa Botani, Batu Pahat dan Pangsapuri Awam Lima Kedai, Gelang Patah, Johor Bahru.
"Hasil semakan mendapati kesemua tangkapan mempunyai pelbagai rekod jenayah serta penyalahgunaan dadah," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.