Menu

POSTING PILIHAN: PENGARAH JPJKK RASMI PROGRAM DISKUSI “TOWN HALL” PENCEGAHAN JENAYAH

Teluk Intan, 24 Mei 2026 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Noor Hisam Nordin hadir merasmikan Program Diskusi “Town Hall” bertajuk “Kesedaran, Penghayatan dan Kerjasama Rakyat - Benteng Pencegahan Jenayah” sempena Karnival Pencegahan Jenayah Peringatan Hari Polis Ke-219 di Dataran Menara Condong Teluk Intan, Perak, semalam.

Program anjuran JPJKK Kontinjen Perak itu dimulakan dengan persembahan T-Baton oleh anggota polis wanita Kontinjen Perak sebelum diteruskan dengan sesi diskusi yang menampilkan Ketua JPJKK Kontinjen Perak, SAC Roslan Yusof @ Mohamad, Timbalan Pendakwa Raya Mahkamah Seksyen Teluk Intan, Puan Anisah Pisol dan Ketua Penolong Pengarah Dakwah Jabatan Agama Islam Perak, Tuan Hj. Ahmad Nizam Amiruddin selaku panel jemputan, manakala Pegawai Penerangan Daerah Pejabat Penerangan Daerah Hilir Perak, Puan Zalela @ Nurlaila Abdul Azid sebagai moderator.

Diskusi tersebut memberi fokus kepada isu jenayah, keganasan rumah tangga, penagihan dadah serta sindiket penipuan dalam talian di sekitar Daerah Hilir Perak selain memperkukuhkan kerjasama masyarakat bersama PDRM dalam usaha pencegahan jenayah.

Dalam ucapan perasmiannya, Dato’ Noor Hisam menzahirkan penghargaan kepada masyarakat setempat yang hadir menyokong usaha PDRM dalam memperkukuh kesedaran dan kerjasama komuniti sejajar dengan slogan “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

Turut hadir, Orang Besar Jajahan Hilir Perak, Dato’ Meor Redwan Mahaydin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, Encik Zairul Akmal Kasim, barisan ketua jabatan Kontinjen Perak, para pegawai kanan polis serta rakan-rakan media.

Sumber: Polis Perak

May be an image of speaker and text that says 'क NOON POLIS PDRM PERAK'

May be an image of one or more people and ambulance

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of dais and text that says 'MELAN 5 PERAN'

May be an image of dais and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS