Menu

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: DI SAAT DIPERLUKAN, KAMI HADIR MENGHULURKAN BANTUAN

Di sebalik kesibukan penugasan harian, keprihatinan anggota Polis Diraja Malaysia tetap mengatasi segala-galanya apabila dua anggota Kawalan Lalulintas Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya tampil membantu seorang penunggang motosikal yang mengalami kerosakan di Lebuhraya Persekutuan, susur ke Jalan P.P Narayanan, pagi semalam.

Koperal Muhammad Hadi Wan Zulkifli bersama Lans Koperal Akram Ikrami Sapei yang dalam perjalanan pulang selepas selesai penugasan tidak berlengah untuk berhenti dan memberikan bantuan kepada lelaki tersebut yang terkandas dalam keadaan cuaca panas serta berisiko membahayakan pengguna jalan raya lain.

Inilah wajah sebenar warga Pasukan yang sentiasa hadir menghulurkan bantuan, demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Sumber: TikTok bangkeram


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS