Kuala Lumpur, 26 Mei 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) terus mempertingkatkan kerjasama strategik menerusi cadangan integrasi sistem serta perkongsian data antara kedua-dua agensi.
Perkara tersebut menjadi fokus utama dalam kunjungan hormat Ketua Pengarah JPPM, Dato’ Mohd Zulfikar Ahmad ke atas Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, pagi tadi.
Pertemuan berkenaan membincangkan rasional integrasi sistem JPPM dengan sistem eSIMS PDRM yang dikendalikan oleh Central Criminal Intelligence Unit bagi membolehkan perkongsian data secara masa nyata (real time), sekali gus memperkukuh aspek keselamatan dan keberkesanan tindakan penguatkuasaan.
Selain itu, turut dikongsikan statistik berkaitan jumlah permohonan tapisan ahli jawatankuasa pertubuhan bagi memperkemas proses semakan dan penyelarasan maklumat antara agensi.
Turut hadir, Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu, barisan Timbalan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali dan para pegawai kanan JPPM.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar