Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Datin Seri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Inspektor Syah Lokman Ludza Ramli.
Allahyarham, berusia 50 tahun, merupakan Pegawai Cawangan Pelesenan, Bahagian Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Daerah
Kuantan Pahang. Allahyarham dilaporkan terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 76, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Felcra Paloh Hinai, Pekan.
Semoga roh Allahyarham Inspektor Syah Lokman Ludza Ramli dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.
#28052026