Menu

BARISAN KEPIMPINAN TERTINGGI PDRM HADIRI KHUTBAH KHAS DAN SOLAT JUMAAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN RASMI YANG DI-PERTUAN AGONG

Kuala Lumpur, 29 Mei 2026 – Barisan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir mengimarahkan Masjid Negara tengah hari tadi bagi Majlis Khutbah Khas dan Solat Jumaat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Kepimpinan Pasukan yang diketuai oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mendengar khutbah khas bertajuk “Dirgahayu Tuanku: Amanah Raja, Tanggungjawab Rakyat” yang disampaikan oleh Imam Masjid Negara, Ustaz Hassan Alfadhli Abdul Rahman.

Antara inti pati khutbah termasuk penekanan terhadap kepentingan perpaduan, kepercayaan serta hubungan erat antara rakyat dan kepimpinan dalam memastikan kesejahteraan negara terus terpelihara.

Umat Islam juga diseru agar memperkukuh ketakwaan kepada Allah SWT, memelihara adab terhadap kepimpinan serta menghargai institusi Raja Berperlembagaan yang menjadi payung agama dan simbol perpaduan rakyat di negara ini.

Majlis berlangsung dalam suasana tertib dan penuh penghayatan, selaras dengan objektif penganjuran bagi menyemarakkan rasa syukur serta kecintaan kepada institusi diraja dan negara.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people, crowd and text that says 'amvien am OPDR OMIN'

May be an image of one or more people and text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS