Terima kasih kepada Lans Koperal Mohd Khairo Awangsu dan Lans Koperal Wan Ahmad Shahril Aiman Wan Rozak dari Balai Polis Tawar kerana membantu menukarkan tayar sebuah kenderaan yang pancit ketika mereka melakukan tugas rondaan di Jalan Baling-Kulim, baru-baru ini.
Tindakan penuh keprihatinan ini mencerminkan komitmen warga Sang Saka Biru dalam mengutamakan keselamatan dan kebajikan masyarakat, sekali gus mengeratkan hubungan antara polis dan komuniti.