Menu

INTEGRITI DAN PROFESIONALISME, TERAS AMANAT TIMBALAN KPN PADA WARGA IPK KELANTAN

Kota Bharu, 3 Jun 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menyampaikan amanat kepada kira-kira 324 warga kontinjen Kelantan sempena lawatan kerja rasmi beliau di Dewan Dato’ Dr. Abdul Rahman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Polis (KP) Kelantan, CP Dato’ Hj. Yusoff Mamat bersama Pemangku Timbalan KP Kelantan, SAC Mohd Khairiel Mohd Arif sebelum menandatangani buku pelawat.

Dalam amanatnya, Tan Sri Ayob Khan menegaskan bahawa integriti, disiplin, profesionalisme serta semangat berpasukan perlu terus diperkukuhkan bagi memastikan Polis Diraja Malaysia kekal cemerlang dan diyakini masyarakat. Program yang diadakan turut dihadiri barisan ketua jabatan dan ketua polis daerah kontinjen Kelantan.

Beliau turut menyeru seluruh warga Pasukan agar sentiasa mematuhi arahan serta peraturan yang berkuat kuasa dalam melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti.

Dalam kesempatan itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada warga kontinjen Kelantan atas komitmen dalam memelihara keselamatan dan ketenteraman awam, di samping menyeru kesiapsiagaan terus dipertingkatkan bagi mendepani cabaran serta ancaman keselamatan semasa.

Beliau turut mengadakan sesi bersama warga Cawangan Khas kontinjen Kelantan dengan memberi penekanan kepada kepentingan risikan dalam menyokong keselamatan dan keamanan negara.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS