Kuala Lumpur, 3 Jun 2026 - Demam Piala Dunia 2026 dijangka mencetuskan peningkatan aktiviti pertaruhan atau 'bookie' haram, khususnya menerusi platform dalam talian yang menjadi pilihan sindiket tempatan dan antarabangsa untuk mengaut keuntungan.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk M Kumar S. Muthuvelu berkata, kejohanan bertaraf dunia itu lazimnya menarik minat tinggi peminat bola sepak dan keadaan itu sering dieksploitasi sindiket perjudian untuk menawarkan pelbagai bentuk pertaruhan mudah dan pantas melalui internet serta aplikasi komunikasi sedia ada.
“Unjuran data semasa menunjukkan sindiket pertaruhan haram beralih hampir 90 peratus ke platform digital berbanding kaedah konvensional yang sebelum ini lebih tertumpu kepada 'bookie' fizikal, malah kaedah ini membolehkan pertaruhan dibuat 24 jam sehari tanpa sempadan fizikal.
Mengulas modus operandi sindiket, beliau berkata, mereka lazimnya menawarkan pelbagai promosi menarik termasuk bonus pendaftaran, kredit percuma dan kemudahan pertaruhan secara langsung ketika perlawanan berlangsung.
“Mereka turut menggunakan media sosial, aplikasi pesanan dan laman web tertentu bagi menarik pelanggan baharu.
"Tindakan undang-undang yang tegas akan diambil seiring siasatan mengikut Akta Pertaruhan 1953 dan Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 serta undang-undang lain termasuk Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.