Menu

JANGAN BIARKAN MEREKA SENDIRIAN

 
Kecuaian hanya beberapa minit boleh meragut nyawa si kecil. Suhu di dalam kenderaan yang ditinggalkan boleh meningkat dengan cepat, walaupun tingkap dibuka sedikit, sekali gus menyebabkan risiko sesak nafas, strok haba, dehidrasi dan kematian.

Anak kecil tidak mampu menjaga diri sendiri dan bergantung sepenuhnya kepada kita untuk memastikan keselamatan mereka.

Jadikan pemeriksaan tempat duduk belakang sebagai rutin setiap kali tiba di destinasi.

“Satu pemeriksaan kecil sebelum keluar kereta, boleh menyelamatkan nyawa.” 💙🚔

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS