Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] "SCAMMER": POLIS, KEDUTAAN KERJASAMA PANTAU WARGA ASING

 
Petaling Jaya, 4 Jun 2026 - Polis Diraja Malaysia bekerjasama dengan pihak kedutaan asing bagi memastikan mana-mana individu yang memasuki negara ini tidak menjadikan Malaysia sebagai hab kegiatan sindiket penipuan dalam talian antarabangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, CP Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, bagaimanapun setakat ini pihaknya tidak dapat mengesahkan berhubung dakwaan sindiket penipuan dalam talian yang sebelum ini beroperasi di Myanmar, Laos, dan Kemboja, dipercayai memindahkan pusat operasi mereka di negara ini.

Namun, beliau menegaskan, tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap mana-mana individu termasuk warga asing yang menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi melakukan aktiviti penipuan.

"Negara ini sememangnya menjadi sasaran berikutan kemudahan serta infrastruktur yang tersedia namun polis sentiasa mengambil langkah proaktif bagi membanteras kegiatan tersebut.

"Kita sentiasa berhubung erat dengan pihak kedutaan yang ada di negara ini bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS