Putrajaya, 4 Jun 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail melawat
IPSC RMP Open Championship 2026 – Level III yang sedang berlangsung di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Presint 20, di sini, petang tadi.
Dalam lawatan tersebut, KPN diberikan taklimat mengenai perjalanan kejohanan yang berlangsung selama sembilan hari bermula 30 Mei hingga 7 Jun 2026. Beliau turut meninjau beberapa peringkat pertandingan yang melibatkan penyertaan penembak dari dalam dan luar negara.
Tidak ketinggalan juga, Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid berpeluang mempamerkan kemahiran serta ketepatan menembak menggunakan pistol Glock 17 Gen 5 Optic Holosun dalam sesi demonstrasi yang diadakan di lapang sasar berkenaan.
Kejohanan bertaraf Level III itu mempertandingkan 18 peringkat pertandingan yang merangkumi tiga “long course”, enam “medium course” dan sembilan “short course”.
Penganjuran kejohanan oleh Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama Kelab Menembak Sasaran Shapadu bukan sahaja menjadi medan menguji kemahiran menembak, malah berperanan sebagai platform untuk memperkukuh profesionalisme, meningkatkan kompetensi serta mengeratkan jaringan kerjasama dalam kalangan agensi keselamatan dan penggiat sukan menembak di peringkat nasional dan antarabangsa.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA, Pasukan Gerakan Am Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohd Rodhi, Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Krisis Bencana) Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Datuk M.V. Srikumar Madhavan Nair, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali, Komander
Unit Tindakhas merangkap Pengarah Kejohanan IPSC RMP Open Championship 2026 – Level III, SAC Hisham Mahmood, barisan komander dan ketua formasi serta Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi.

.