Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral), Kementerian Ekonomi, Datuk Badrul Hisham Mohd di Bilik KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Pertemuan tersebut bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara PDRM dan Kementerian Ekonomi, khususnya dalam membincangkan perancangan pembangunan pasukan serta keperluan peruntukan pembangunan PDRM bagi Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ke-13 tahun 2027.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Lans Koperal Muhamad Ridzuan Razak