Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: REMAJA TIDAK SEMPAT SELUDUP “VAPE” MASUK THAILAND

Tumpat, 6 Jun 2026 - Seorang remaja lelaki dicekup selepas dipercayai bekerja sebagai penjaga stor dan melakukan kegiatan menyeludup rokok elektronik atau “vape” ke Thailand dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kok Pauh, di sini kelmarin.

Serbuan dijalankan kira-kira pukul 1.30 tengah hari oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Jabatan Kesihatan Daerah Tumpat itu turut merampas “vape” dan katrij cecair bernilai RM396,000.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, lelaki itu berada di depan pintu rumah tersebut semasa serbuan dijalankan.

Katanya, pemeriksaan di dalam rumah itu membawa kepada penemuan sebanyak 2,760 unit rokok elektronik dan 1,200 katrij cecair “vape” pelbagai perisa.

“Siasatan mendapati, remaja itu bekerja dengan seorang lelaki dikenali sebagai Azam sebagai penjaga stor.

“Selain itu, suspek juga akan membawa rokok elektronik tersebut ke Thailand melalui pangkalan haram di sekitar Kampung Serkong, Pengkalan Kubor di sini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Remaja tidak sempat seludup vape masuk Thailand MAT Seorang remaja dicekup dipercayai ' bekerja sebagal penjaga Siasatan mendapati, bekerja rumah vape serbuan Kampung Kok Serbuan pukul Gerakan kira-kira dengan seorang lelaki dikenali sebagai Azam sebagai penjaga stor.' bersama Tum- Ahmad Radzi berada tersebut Thailand melalui berkata, depan serbuan Katanya, engkalan Kubor katanya ketika dihubungi pemeriksaan vape rokok elektronik Radzi berkata, semua dipercayal libeli Lumpur 2,760 hantark barangan menggunakan perisa. mendapati, dengan sebagai Azam sebagai penjaga membawa kepada Jabatan Kesihatan Daerah Tumpat elektronik Produk Demi Kesihatan 2024( (Akta 852). sebuah rumah yang Kampung KokPauh, bekerja dengan sindiket penyeludupan ape kelmarin.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS